Tuesday 15 May 2012

Debat Terbuka Penang 2012

Buat pertama Kalinya UiTM Pulau Pinang menganjurkan Penang Debate Open 2012 (PDO) yang bertempat di UiTM Pulau Pinang. Pertandingan yang berlansung pada tanggal 12 April 2012 sehingga 15 April 2012 ini buat pertama kalinya mengangkat British Parlimentary sebagai format perdebatan bagi kategori bahasa Melayu.

Pertandingan kali ini sungguh berbeza dari sebelum ini apabila format yang mementingkan idea sebagai garapan utama jelas mencabar kreativiti pendebat untuk lari dari zon selesa dalam membentangkan idea yang biasa kerana idea mereka adalah penentu kepada kedudukan mereka.

Tahniah kepada Pasukan Jengka yang nyata bertungkjus lumus mencuba dalam format yang baru dan bertemu dengan pasukan yang lebih gempak... semoga pengalaman kali ini merupakan langkah yang menjadi pembakar semangat anak jengka untuk terus berjuang dalam arena perdebatan yang lebih luas....

Tahniah kepada MMU yang berjaya menjuarai pertandingan kali ini dan tahniah juga kepada UiTM Shah Alam dan UiTM Melaka yang berjaya berentap hingga ke pentas final... Tidak Lupa juga kepada UniZa yang berjaya melangkah ke Final...

Semoga pengalaman kali ini merupakan langkah baru kita ke arena perdebatan yang lebih global dengan format yang berbeza dan idea yang lebih berkembang dan maju....

SALAM PERDEBATAN ^_^

Jom Tengok sikit gambar-gambar yang sempat kami dapat...

Kakak Dan Abang dari Melaka saingan yang hebat

Team yang merupakan pendebat UiTM Melaka

Wajah Pendebat Jengka Dalam Sidang yang hangat

Wajah bersemangat untuk memahami pembawaan lawan

Konsenstrasi Abang-abang dari UKM

Sesi Penjurian dan Komen merupakan sesi muhasabah Diri... (Abang Zarul sedang memberikan Justifikasi Penjurian)

Team Melaka yang cukup hebat

Walaupun ada tekanan pertandingan senyuman dan ketawa masih perlu dalam meredakan keresahan jiwa
Team Jengka bersemangat walaupun bertemu adik beradik...



No comments:

Post a Comment