Thursday 26 April 2012

HAK-HAK PENGGUNA


-DI IKTIRAF OLEH PBB-
Ø  Deklarasi yang telah di istiharkan oleh John F.Kennedu menekankan bahawa di dalam Negara demokrasi yang mengamalkan system ekonomi bebas, peranan sesebuah kerajaan untuk melindungi kepentingan dan hak-hak pengguna sangat penting.

Ø  Kerajaan mempunyai tanggungjawab kursus untuk menjaga kepentingan mereka. Ini boleh di tafsirkan bahawa,

Ø  Kerajaan harus mengadakan perundangan yang sesuai bagi melindungi kepentingan hak-hak pengguna mengikut perkembangan keadaan ekonomi & pasaran semasa.

Ø  Oleh itu, Akta untuk Pengguna haruslah meliputi
8 HAK  PENGGUNA iaitu;
1.   Hak Mendapatkan keselamatan
2.   Hak mendapat informasi
3.   Hak membuat pilihan
4.   Hak mendapat ganti rugi
5.   Hak mendapat pendengaran (didengari pendapat)
6.   Hak mendapat keperluan asasi
7.   Hak mendapat alam sekitar yang sihat
8.   Hak mendapat pendidikan pengguna


Ø Berikut huraian bagi setiap hak-hak di atas.


1.   Hak Mendapatkan Keselamatan

ð  Hak ini memberikan pengguna untuk berhak untuk mendapatkan barangan yang selamat dan tidak menjejaskan kesihatan.

ð  Hak ini melindungi semua pengguna dari pasaran barangan yang menjejaskan kesihatan spt ubat-ubat tanpa kelulusan kementerian dan sebarang perkhidmatan yang memudaratkan.

ð  Di MALAYSIA… hak ini dilindungi oleh akta-akta kerajaan iaitu ;
o   Akta makanan 1983 (akta 281)
o   Peraturan-peraturan makanan 1985
o   Ordinan binatang-binatang 1953
o   Akta racun perosak 1974
o   Nombor Pendaftaran ubat (kod ubat yang dimulai dengan KKLIU)
o   Akta pendaftaran Farmasi 1951
o   Akta dadah Berbahaya 1952
o   Akta Jualan Dadah 1952
o   Akta Racun 1952
o   Akta Ubat (iklan dan Jualan) 1956
o   Akta Elektrik 1949
o   Akta Kastam 1967
o   Akta Pengangkutan Jalan 1987
o   Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987





2.   Hak Mendapat Informasi

ð  Setiap pengguna berhak untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan fakta-fakta benar dan yang dapat memudahkan pengguna untuk membuat pilihan sebagai contoh maklumat nutrisi pada sesebuah pek makanan.

ð  Hal ini untuk mengelakkan sebarang penipuan atau penyelewengan tidak kira pada pek barangan tetapi juga pada iklan yang di paparkan.

ð  Hak ini juga dilindungi dengan mewajibkan penjual untuk meletakkan tanda harga kepada setiap barangan dan harga yang di letakkan akan di pantau jika terdapat penyelewengan harga barang sehinggakan pengguna merasakan mereka di aniaya.

ð  Setiap fakta yang di terima haruslah benar. Fakta yang palsu untuk tujuan keuntungan membolehkan pengguna mengemukakan dakwaan kepada peniaga atau pihak pengeluar atas tujuan penipuan untuk mendapatkan keuntungan. Malah jika
ia mengancam keselamatan boleh juga di dakwa atas menjual barang yang mengancam keselamatan.

ð  Di Malaysia, akta yang melindungi hak ini ialah ;

o   Akta Perihal Dagangan 1972
o   Akta Perihal Dagangan (Pengunaan Perkataan/symbol Halal) 1975
o   Akta Kawalan Harga (arahan Melabel) 1980
o    Ordinan Ubat-Ubatan (Iklan dan Jualan)1956




3.   Hak Membuat Pilihan

ð  Pengguna diberikan kebebasan untuk memilih produk di pasaran
ð  Pengguna bukan sahaja berhak untuk memilih tetapi juga berhak untuk memastikan barangan di pasaran cukup untuk keperluan mereka dan peniaga wajib untuk mempamerkan tanda harga.
ð  Hak ini di lindungi di bawah ;
o   Akta Kawalan Bekalan 1961
o   Akta Kawalan Harga 1946
o   Akta Jualan Barangan 1957


4.   Hak Mendapat Ganti Rugi

ð  Pengguna berhak untuk menuntut pampas an di atas kerugian akibat penggunaan atau perkhidmatan sesuatu perkara.

ð  Sebagai contoh penggunaan ubat yang dipalsukan faktanya yang mengakibatkan kecacatan.

ð  Pengguna dapat mengemukakan dakwaan keatas pengeluar mahupun peniaga atau pihak yang berkenaan dengan pampas an yang tidak melebihi RM5000

ð  Tuntutan ini akan di kendalikan oleh Mahkamah Majistret Kelas 1 dibawah;

o   Akta Perlindungan Pengguna

5.   Hak Mendapat Pendengaran (Pendapat Didengari)

ð  Pengguna berhak untuk pendapat, suara dank omen mereka di dengari oleh pengeluar/peniaga atau pihak berkenaan.

ð  Penggunaan juga berhak untuk mendapat maklum balas atas sebaran pertanyaa atau pendapat mereka.

ð  Hak ini sesuai dengan perlembagaan yang memberikan kebebsana bersuara.


6.   Hak Mendapatkan Keperluan Asas.

ð  Setiap Pengguna berhak untuk mendapatkan barangan atau sebarang perkhidmatan untuk meneruskan hidup.

ð  Antara keperluan asa yang menjadi barang kawalan Negara ialah gula dan beras. Barang-barang ini tidak boleh dinaikkan harga sewenang-wenangnya oleh peniaga.

ð  Malah barang-barang yang mendapat subsidi dari kerajaan perlu mempunyai harga yang dikawal kerana barang-barangan ini di kira sebagai keperluan hidup yang menjadi asas kepada masyarakat.

ð   Sebaranga penyelewengan harga oleh peniaga yang tidak bertanggujawab membolehkan penguna mengemukakan aduan kepada pihak berwajib mengenai penyelewengan tersebut.

ð  Jaminan untuk hak ini di lindungi di bawah akta-akta berikut ;

o   Akta makanan 1983 (akta 281)
o   Peraturan-peraturan makanan 1985
o   Akta Kawalan Bekalan 1961 (pindaan 1973)
o   Akta Kawalan Harga 1946 (Pindaan 1973)
o   Akta Timbang Sukat 1972
o   Akta Perihal dagangan 1972
o   Peraturan-peraturan Timbang Sukat 1973
o   Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974
o   Akta Pemaju Perumahan
o   Akta Pembangunan Perumahan
o   Akta Kerajaan Tempatan 1976


7.   Hak mendapat Alam sekitar yang sihat

ð  Semua pengguna atau penduduk bumi adalah mereka yang berhak untuk mendapatkan alam sekitar yang berkualiti. Alam sekitar yang berkualiti ini bermakna alam sekitar yang bersih dari pencemaran yang boleh menjejaskan kesihatan.

ð  Tidak di nafikan bahawa kehadiran manyusia sendiri merupakan pencemar alam sekitar, namun, sesetengah aktiviti yang berlebihan menyebabkan kadar pencemaran meningkat.

ð  Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk menjamin hak ini dipenuhi dengan ;
o   Menguatkuasakan undang-undang keatas mereka yang mencemarkan alam sekitar demi keuntungan dan sebarang pihak yang boleh menjejaskan hak ini.
o   Penerapan pogram penjagaan Alam Sekitar di peringkat sekolah dan IPT
o   Menaja Pengistiharan Langkawi semasa persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada 20 Oktober 1989.
o   Menjadi ahli-ahli pertubuhan antarabangsa dan memberikan sokongan dan prihatin terhadap aktiviti berlandaskan alam sekitar yang sihat seperti
§  Montreal Protokol
§  Konvensyen Kepelbagaian Biologi (Biodiversity Convention)
§  Konvensyen mengenai tanah lembab
§  Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Dunia
§  Konvensyen Basel
§   
ð  Undang-undang untuk membantu melindungi hak ini ialah ;
o   Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
o   Akta racun dan makhluk perosak 1974
o   Akta kilang dan jentera 1967
o   Akta kerajaan tempatan 1977
o   Akta pemuliharaan tanah  1960
o   Akta Jalan, parit dan bangunan 1974
o   Akta perancangan Bandar dan desa 1976
o   Akta taman Negara 1980
o   Akta perikanan 1985
o   Akta perlombongan dan petroleum 1966
o   Perlindungan hidupan liar 1954
o   Akta perhutanan 1940





  
8.    Hak Untuk Mendapat Pendidikan Pengguna

ð  Setiap pengguna berhak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan tidak kira di sekolah mahupun melalui aktiviti-aktiviti untuk pengguna seperti carnival kepenggunaan atau sambutan hari pengguna.

ð  Pihak yang bertangungjawab perlu untuk memberikan pendidikan secara formal atau tidak formal kepada setiap pengguna untuk memastikan tidak berlakunya penindasan keatas pengguna-pengguna di seluruh dunia.

ð  PBB menyetujui hak ini untuk di laksanakan oleh negara masing-masing sebagai perlindungan kepada pengguna-pengguna agar mereka tahu hak mereka.