Tuesday 31 July 2012

Peranan/ Tugas Pendebat (Asian Style)

Ini sekadar ringkasan asas terhadap struktur pendebat mengikut posisi masing-masing. Pada awal berdebat struktur ini boleh di jadikan asas rujukan untuk membantu kelancaran pendebat baru. Namun kebiasaanya para pendebat akan mula mengikut rentak perdebatan sendiri apabila mereka sudah memahami apa yang mereka harus lakukan mengikut posisi masing-masing selagi mana di dalam rangka perdebatan mereka masih memiliki asas-asas penting dan perlu dalam perdebatan.

Pendebat Pertama:

Kerajaan
  • Dimulakan dengan kata-kata aluan(Ucapan pendahuluan utk siapa yg ada dalam dewan? kalau ala parlimen, Tuan YgDipertua, Pihak Kerajaan, Pembangkang, dan Ahli Dewan yg bersidang)
  • Pendefinisian secara literal (boleh jadi kamus dewan sebagai sumber pendifinisian, x perlu panjang dan teliti sangat)
  • Pendifinisian secara konseptual (Pendifinisian secara tersirat tentang apa yang kita ingin bawa/terjemah tentang usul perdebatan, setiap pendefinisian memerlukan penelitian dan penterjemahan yg baik dan jelas, sesetengah frasa dalam usul memerlukan sumber autoritatif, kuat seperti dari mana2 Jabatan,Persatuan, Kementerian, buku2,orang2 ternama seperti Tun Dr. Mahathir, dan sebagainya)
  • Pendirian/premis kerajaan
  • Beban bukti utk pembangkang (Apa yg perlu pembangkang buktikan untuk lawan kes kerajaan secara berdepan dan bersemuka - tapi tak wajib)
  • Menyebut tugas ahli2 meja kerajaan. (Pendebat pertama, kedua dan ketiga)
  • Membawa hujah pertama. (Hujah perlulah disampaikan dengan jelas dan teliti. Perlu diingatkan, bukan berapa banyak fakta yang penting dalam hujah kita, tetapi, macamana kita analisi hujah dgn baik utk menepati kehendak usul adalah yg sepatutnya!)
  • Penutup (Menyimpulkan apa kes kerajaan dan hujah yg dibawakan sebentar td)

Pendebat kedua

Kerajaan/Pembangkang
  • Dimulakan dengan kata aluan
  • Menyatakan peranan sendiri
  • Menjawab persoalan dan pertikaian pihak lawan serta membidas pihak lawan ( Untuk bahagian
    bidasan,pembahas kedua yang baik, fokuskan kepada bidasan pendekatan yang dibawa oleh pihak

    lawan, dan kalau boleh cuba elakkan membidas hujah kerana tugas membidas hujah adalah tugas

    pendebat ketiga)
  • Membawa hujah kedua yang dianalisis dengan baik.( Ingat, jgn pentingkan berapa banyak fakta yang

    ada, tetapi pentingkan macamana kita analisis fakta dengan baik,dan disampaiakn dengan berstruktur

    dari fasa pertama hujah hinggalah fasa akhir hujah bagi setiap fakta )
  • Membawa hujah ketiga.
Untuk dimuhasabah:
Kebanyakan pendebat kedua terlalu suka untuk mebuat bidasan yang panjang sehingga masa untuk menyampaikan dua lagi hujah tidak sempat sedangkan peranan pendebat kedua adalah untuk menyampaikan hujah pihak sendiri dengan baik dan berkesan. Justeru, urus dan kawal masa ucapan anda agar anda boleh membuat pertikaian kepada lawan dan membawa hujah pihak sendiri dengan berkesan dan baik.

Pendebat ketiga

Kerajaan/Pembangkang
  • Dimulakan dengan kata aluan
  • Menyatakan tugas/struktur ucapan sendiri
  • Membidas konsep dan pendekatan pihak lawan
  • Membidas setiap hujah lawan
Ada banyak teknik membidas sebenarnya. Lain pendebat, lain cara membidasnya. Tetapi, untuk bidasan yang baik kebiasaannya ada fasa restate, rebut and replace dalam bidasan.
1. Mulakan dengan menyebut balik kes @ hujah lawan, restate,
2. Kemudian rebut,membidas dengan meragukan kes @ fakta/hujah,
3. Dan penting untuk gantikan dengan alternatif ,replace facts
Bidasan yang baik juga adalah bidasan yang menganalisis satu demi satu kes dan hujah pihak lawan kemudian dikaitkan kembali dengan kes pihak sendiri

Ciri-Ciri Pendebat Yang Baik

 

Gaya persembahan
tidak terlalu dikawal utk elak dr menampakkan diri tidak natural, (stage-fright) tetapi pendebat yang baik akan mampu conceal / menyembunyikan riak wajah & gayanya yang menampakkan rasa gementar.
Aspek bahasa juga amat penting

elak "terlalu serius" dan "straight-forward" dalam penghujahan. Di pentas, manfaatkan gaya bahasa yang cantik (bukannya terlalu berbunga-bunga xd salahnya jika sesekali menggunakan bahasa kiasan, dan seumpamanya selagi mana ianya membantu penghujahan dengan berkesan. Bahasa yang terlalu berbunga-bunga tetapi tidak membantu penghujahan memang dilarang sama sekali bukan sahaja dalam debat peringkat sekolah bahkan peringkat universiti pun.

Berhati-hati dgn ap yg diucapkan

setiap pendebat/pembahas wajib bertanggungjawab terhadap apa yang dituturkannya. Maknanya, jika anda katakan 8 ciri, maka anda harus buktikan sekurang-kurangnya sebahagian ciri-ciri tersebut. Bukan ckp kosong. sbb tu pemahaman konsep thdp usul yg didebatkan sebaiknya dibawa mudah, senang difahami dan tidak berbelit-belit. lawan x pening, hakim x pening, penonton pun x pening. jauhkan juga hujah berlapis-lapis. pnggunaan analogi mbntu phujahan tp elakkn analogi yg mengelirukan. fakta kes- jgn tipu (ni selalu debater buat zmn sekolah, skrg dh universiti maka kne jd mhssw minda kelas prtama).

Sumber : blog Ikhwan (http://debatstage.blogspot.com/)