Saturday 31 March 2012

Latihan Pertama/ sesi 1

Hari ini merupakan hari pertama berlansungnya latihan kita dalam usaha untuk mengejar kejayaan.... walaupun pelbagai yang kita lalui... namun hari ini saya melihat adik-adik berdebat dengan penuh bersungguh..... usul utk warm up Pilihanraya kampus lahirkan pemimpin berintegriti menyaksikan Nina, Shimma, Izzat dan Amalina membuka kes utk mengimbau kembali arena perdebatan yg sudah hampir sebulan di tinggalkan kerana fokus di berikan kepada peepriksaan akhir....
Pada sesi kedua mula menyaksikan 

Team A                           Team B
Haikal                               Fitri
Shimma                            Roku
Izzat                                  Nina 
dengan Usul : Kuasa Veto Mengancam Keamanan Dunia
Nur Amalina menjadi pihak bebasa dengan memngulung pemahamam di pihak kerajaan dan pembangkang seterusnya memahamkan seisi dewan hala tuju perdebatan... dan Acap Sr. Sebagai penilai kepada perdebatan...


Tahniah kepada adik-adik yang berjaya membawa usul ini walaupun masih banyak kelemahan yang perlu di perbaiki...
Semoga latihan malam ini lebih memberikan impak seterusnya menjadikan kita lebih berjaya dalam selangkah menuju kejayaan.....




Friday 30 March 2012

Konsep Hak Asasi Manusia


Penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1945 iaitu selepas rundingan 4 kuasa besar dunia iaitu 
-Amerika Syarikat
-Britain
-Bekas Kesatuan Soviet
-China
3 tahun selepas penubuhan PBB Deklarasi Hak Asasi Manusia (DUHAM) mula di perkenalkan.


Pada tahun  1948, Konsep Universalisme mula diperkenalkan. Konsep ini yang mengutarakn bahawa hak asasi bagi semua bangsa adalah sama tanpa mengira bangsa dan budaya, negara mahupun dominasi dunia. 


Faktor Kelahiran Falsafah Hak Asasi Manusia :
1. Kekejaman Pihak Pemerintah
2. Ekonomi
3. Metaliti Manusia Moden


Doktrin Hak Asasi Manusia :
1. Hak Melindungi diri
2. Hak Kebebasan 
3. Hak memiliki harta


Hak Melindungi dir di mana hak ini memberikan kebebasan kepada setiap individu untuk melindungi dirinya dari sebarang ancaman luar atau dalam. Setiap individu diberikan hak untuk membela diri mereka di mahkamah, berhak untuk membalas serangan keatasnya dalam keadaan berpada-pada untuk melindungi diri di aniaya atau apa sahaja bentuk perlindungan keatas diri sendiri akan di iktiraf sebagai hak asasi dalam hak melindungi diri.




Di dalam Hak kebebasan terdapat beberapa pembahagian diman 
   ---> Hak kebebasan berpolitik
   ---> Hak Kebebasan Beragama
   ---> Hak Kebebasan dari diperhambakan
      
Hak kebebasan Politik bknlah hak kebebasan individu sebaliknya apabila di dalam badan pentadbiran memiliki kuasa untuk melaksanakan keputusan tanpa di pengaruh oleh mana-mana pihak berkepentingan atau tidak. Badan ini terdiri daripada tiga badan utama iaitu 
    i) Eksekutif : Badan yang menguruskan bahagian pentadbiran negara
   ii) Legislatif : Badan yang menguruskan bahagian perundangan negara 
  iii) Kehakiman: Badan yang menguruskan bahadian penghakiman, masalah dan undang-undang negara.


Hak Kebebsana Beragama merupakan kebebasan sesorang indidvidu dalam menganuti amana-mana agama tanpa prejudis dari mana-amana pihak. Ringkasnya, ia hak individu tersebut dalam menentukan hala tuju keagamaanya.


Hak Kebebasan diri di perhambakan ini adalah satu isu apabila hak ini perlu bagi memastikan sistem kasta yang meletakkan golongan hamba di dalam kelompok masyarakat. golongan ini di hapuskan agar tiada lagi perhambaan berlaku dalam masyarakat dunia hari ini. 


Bagi hak memiliki Harta benda merupakan hak yang dilandasi  syarat iaitu 
1. Berhak memiliki harta sebagaimana manusia lain berhak mendapatkan harta.
2. Hasil kerja lebihan boleh di niagakan
3. Hak mendapatkan harta di batasi kudrat dan kerja keras.


Terdapat pelbagai konvensyen hak asasi telah di laksanakan di peringkat global dalam usaha untuk memastikan hak asasi manusia terbela dan tidak ada pencabulan hak asasi manusia dalam dunia hari ini. Antaranya ialah ;
  1975 : Konvensyen permusnahan Perhambaan
  1959 : Konvensyen Permusnahan buruh Paksa
  1965 : Konvensyen Antarabangsa Permusnahan Semua jenis Disriminasi
  1966 : Pemuafakatan Antarabangsa Hak Ekonomi, Sosial dan Adat Resam (PAHESA)
            Pemuafakatan Antarabangsa Hak Sivil Politik (PAHSP)
  1979 : Usul Konvensyen Penghapusan Semua Jenis Diskriminasi Terhadap Wanita di lancarkan dan mula di laksakan pada tahun 1989.
  1984 : Konvesyen antarabangsa Melawan Seksaan dan kekejaman, Tidak perikemanusiaan dan hukuman memalukan. Konvensyen ini mengusulkan halangan kepada sebarang bentuk kekejaman seperti merogol sebagai senjata perang dan mula di kuatkuasakan pada 1987.
  1989 : Konvensyen antarabangsa hak kanak-kanak ditandatangani.


Orde Baru Ekonomi Antarabangsa di lancarkan pada tahun 1974 di mana Hak ekonom dan tanggungjawab negara mula di dokumentasikan.




Tokoh Hak Asasi
 Heksinki Accord 
   ---> Mempromosikan Hak Asasi manusia
   ---> Mengadakan perjanjian dengan 35 Buah Negara barat dan timur
   ---> Mengikat kepada tanggungjawab negara-negara tersebut untuk menjaga hak asasi rakyat masing-masing.

Selangkah Kejayaan...

Salam buat semua pendebat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di Jengka....
Ingin di kongsikan di ruangan ini bahawa kita sudahpun memulakan langkah yang baharu dalam arena perdebatan kearah menuju sebuah kejayaan....
Maka untuk kekal berjaya kita harus teguh pada pasak yang kukuh... Kali ini kita berjaya melangkau ke arena perdebatan dnegan gaya perdebatan yang baru terutama di dalam Debat Terbuka Penang yang mana untuk pertama kalinya pasukan debat Bahasa Melayu bakal berdebat dengan menggunakan kaedah British Parlimentary... walaupun pelbagai dugaan terpaksa kita tempuh dalam usaha untuk mendapatkan cara sebenar perdebatan ini memandangkan kita tidak mempunyai jurulatih seperti yang kita harapkan... namun kejayaan pasti milik kita andai kita sentiasa melakukan yang baik... kemenangan bukan segala-galanya... namun ia adalah anugerah atas segala usah susah payah pada saat kita cuba untuk mendaki tangga kejayaa... Maka selamat maju jaya buat semua.... 




Wednesday 28 March 2012

Ekonomi Kapitalisme

Pengenalan :
Definisi Kapitalisme :
  • Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan berasaskan keuntungan. Takrif individu di sini juga boleh merujuk kepada sekumpulan individu seperti syarikat. Sistem ekonomi kapitalis berdasarkan kuasa pasaran bebas dalam menentukan pengeluaran, kos, menetap harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. Pengkritik sistem kapitalis selalu berhujah bahawa sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Kapitalisme berasal dari perkataan ‘ capital ‘ yang bermaksud “modal”.
  • Dikenali sebagai laissez faire.
  • Kapitalisme ialah sistem yang menggalakkan pengumpulan modal, kebebasan ekonomi, hak milik persendirian, kebebasan pasaran dan perniagaan untuk keuntungan.
  • Dalam ekonomi kapitalisme, individu dan syarikat-syarikat yang mempunyai modal dan harta mempunyai hak dan kebebasan menjalankan perdagangan.
  • Matlamat utama Kapitalisme ialah mengaut keuntungan sebanyak mungkin.
  • Ringkasnya Kapitalisme adalah sistem ekonomi bebas berasaskan pemilikan harta sendiri serta perniagaan atau perusahaan bermatlamatkan keuntungan, kewangan dan kebendaan.
Sejarah kemunculan :
  • Kemunculan idea Kapitalisme dapat dikesan sejak zaman pertengahan awal, namun ia tidak menyeluruh.
  • Kapitalisme menjadi dominan di Barat semenjak berakhirnya era Feudalisme.
  • Fahaman kapitalisme menjadi lebih kukuh selepas gerakan reformasi dan kemunculan aliran-aliran agama baru khususnya aliran Calvinisme.
  • Dari England, kapitalisme merebak ke seluruh Eropah dan merupakjan adalah sistem ekonomi utama di dunia yang memacu era perindustrian.
  • Menjelang abad ke-19, fahaman Kapitalisme menjadi dominan dan disebarkan ke seluruh dunia menerusi aktiviti penerokaan dan penjelajahan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat.


Isi-isi :
Faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan ekonomi kapitalisme di Eropah Barat dari tahun 1400 M hingga 1700 M.
Perkembangan institusi kewangan :
  • Perkembangan institusi kewangan seperti insurans dan bank di bandar-bandar telah menggalakkan perkembangan Kapitalisme di Eropah.
  • Menjelang abad ke-15 M, kegiatan meminjam wang untuk mendapatkan keuntungan menjadi satu perniagaan yang menguntungkan.
  • Bank-bank penting dikuasai oleh keluarga Medici (di selatan) dan keluarga Fuggers di Ausberg(di utara). Bank-bank ini mempunyai peranan yang besar dalam menjana ekonomi dan terkenal di peringkat antarabangsa.
  • Bank-bank ini telah bertindak membuka pejabat cawangan di Paris, London, Barcelona, Marselles, Tunis, pelabuhan Afrika Utara, Naples dan Rom.
  • Bank-bank kerajaan seperti Bank Sweeden (1657) dan Bank England (1654) turut ditubuhkan.
  • Keuntungan yang diperolehi melalui pinjaman pelaburan dan pertukaran wang disalurkan kepada perkembangan sektor perindustrian.
  • Institusi bank memberikan pinjaman bagi membantu golongan kapitalis mendapatkan modal yang besar untuk meluaskan kegiatan perdagangan.
Penubuhan negara bangsa :
  • Penubuhan negara bangsa pada abad ke-16 Masehi juga turut menggalakkan perkembangan Kapitalisme.
  • Raja-raja negara bangsa berperanan dalam menggerak dan mempelopori perkembangan Kapitalisme dengan mengumpulkan kekayaan demi untuk mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan masing-masing.
  • Untuk mencapai hasrat tersebut, raja-raja negara bangsa turut menjalankan dasar ekonomi merkantilisme dengan tujuan mengumpulkan kekayaan untuk negara mereka pada sekitar abad ke-16 dan 17 Masihi.
  • Perubahan dasar ekonomi ini menyebabkan negara-negara bangsa terlibat dengan aktiviti penjelajahan dan penerokaan. Mereka berlumba-lumba untuk mencari kekayaan dengan melakukan pelayaran ke seberang laut dengan sokongan kuat daripada raja. Contoh : Putera Henry dari Portugal dan Raja Ferdinand dari Sepanyol telah membiayai dan memberi galakan kepada aktiviti tersebut.
  • Kegiatan penjelajahan dan penerokaan ini dipelopori oleh Portugal, Sepanyol, Perancis dan Inggeris.
  • Kesan daripada aktiviti ini, negara-negara bangsa menubuhkan koloni-koloni dan menguasai kekayaan ekonomi di negara tanah jajahan yang memberi keuntungan kepada mereka.
Dasar Merkantalisme :
  • Revolusi perdagangan melalui campurtangan kerajaan negara bangsa pada abad ke-16 dan ke-17 telah menggalakkan pertumbuhan kekayaan dalam negara bangsa.
  • Menerusi dasar ini kerajaan berusaha mewujudkan sektor pertanian dan perindustrian yang produktif dan pasaran luar yang luas .
  • Untuk tujuan tersebut kerajaan mengadakan dasar melindungi pelabur dan pedagang tempatan
  • Ratu Elizabeth (1558-1603) telah memperkenalkan akta seperti akta perantis 1563, undang-undang kemiskinan 1600 dan akta perkapalan 1650 .
Pembukaan koloni / Dasar Kolonialisme :
  • Perluasan dasar merkantalisme telah menyebabkan golongan kapitalis menubuhkan koloni-koloni baru untuk tujuan pertanian dan perladangan ke atas kawasan di Timur dan Amerika Latin.
  • Hal ini memperluaskan lagi sistem ekonomi kapitalisme. Perkembangan ini menyebabkan permintaan untuk buruh meningkat dengan mendadak.
  • Kesannya telah membawa kepada penghijrahan manusia dari pelbagai tempat untuk bekerja sebagai buruh ke kawasan-kawasan pertanian dan perladangan tersebut.
  • Penggunaan buruh asing telah mengembangkan ekonomi negara Eropah dan merancakkan sistem Kapitalisme di koloni-koloni tersebut.
  • Segala hasil kekayaan daripada koloni juga mengalir ke Eropah dan merancakkan perkembangan ekonomi di sana.
Pertembungan dan perkembangan perdagangan dengan dunia timur :
  • Perang Salib telah mengakibatkan berlakunya pertembungan dunia Eropah dengan dunia timur.
  • Selepas tamat Perang Salib, hubungan perdagangan antara Eropah dengan dunia timur terus berkembang dengan pesat.
  • Kesan daripada itu, bandar-bandar utama di Itali seperti Venice, Genoa, Florence dan Milan telah menjadi pusat-pusat aktiviti perdagangan yang penting.
  • Bandar-bandar tersebut mendapat keuntungan yang besar hasil daripada hubungan perdagangan dengan Timur Tengah dan Eropah Utara.
  • Perkembangan pesat dalam aktiviti perdagangan menyebabkan institusi perbankan khususnya bank-bank gereja ditubuhkan di Itali.
  • Perkembangan ini merangsangkan perkembangan ekonomi kapitalisme di Eropah.
Kemunculan bandar-bandar baru :
  • Zaman kemuncak pertengahan memperlihatkan pertumbuhan bandar-bandar baru hasil daripada kepesatan aktiviti perdagangan di sepanjang laluan perdagangan Eropah Barat.
  • Kepesatan perdagangan ini telah memperkembangkan bandar-bandar lama yang sedia ada dan turut melahirkan bandar-bandar baru.
  • Bandar-bandar seperti Venice, Genoa, Florence dan Milan menjalinkan hubungan perdagangan dengan Timur Tengah dan Eropah Utara.
  • Bandar-bandar ini mengeksploit kedudukan sebagai persimpangan semulajadi antara timur-barat untuk meraih keuntungan yang besar.
  • Perkembangan bandar-bandar baru melahirkan golongan baru dalam masyarakat feudal, iaitu pedagang dan tukang-tukang yang bergantung kepada aktiviti perdagangan.
  • Cara kehidupan di bandar telah merintis jalan kepada tuntutan rakyat bandar termasuk hak pentadbiran dan hak menjual barangan secara bebas di pasar.
  • Masyarakat bandar juga menuntut kebebasan untuk mencari nafkah tanpa sekatan dan halangan yang tidak berasas yang diamalkan dalam institusi manor.
  • Perubahan ini telah merintis jalan ke arah perkembangan sistem kapitalisme di Eropah.

Gerakan Renaisans :
  • Gerakan Renaissans pada abad ke-14M telah memperkembangkan sistem kapitalisme
  • Gerakan Renaisans telah melahirkan fahaman yang berbeza daripada sebelumnya seperti sifat individualisme, humanisme, sekularisme dan pemikiran kritis yang meransang ke arah perkembangan sistem kapitalisme.
  • Kesannya, fahaman-fahaman ini melahirkan masyarakat yang bersifat materialistik dalam kehidupan khususnya dalam ekonomi yang menekankan aspek kemewahan, kekayaan dan kebendaan.
  • Selain itu, fahaman-fahaman ini juga menggalakkan individu membaiki taraf hidup dan mengumpul kekayaan mengatasi kemampuannya.
  • Perkembangan ini melahirkan golongan kapitalis yang berlumba-lumba mengumpul modal untuk mengejar kekayaan material yang turut menggalakkan sistem monopoli.
Kesan Gerakan Reformasi :
  • Ahli-ahli sosiologi seperti Max Weber berpendapat perkembangan kapitalisme dapat dikaitkan dengan kesan dari kemunculan gerakan reformasi khususnya selepas kemunculan mazhab Protestan.
  • Max Weber dalam bukunya The Protestant Ethic and The Spirit of Capitalisme menyatakan bahawa ajaran mazhab Protestan bertanggungjawab membentuk sistem kapitalis.
  • Salah satu doktrin mazhab Protestan yang dikenali sebagai The Calling menyeru penganutnya agar melibatkan diri secara bersungguh-sungguh dalam kegiatan ekonomi.
  • Hal ini bermakna, ajaran mazhab ini menggalakkan penganutnya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari kekayaan dan keuntungan. Ajaran ini mentakrifkan kejayaan dalam bidang ekonomi sebagai satu tuntutan keagamaan.
  • Kebanyakan golongan yang terlibat dalam ekonomi di Eropah seperti pengusaha bank, pengusaha industri, saudagar-saudagar dan tenaga mahir adalah daripada kalangan penganut mazhab Protestan.
Fahaman Calvinisme :
  • Gerakan Reformasi yang dibawa oleh John Calvin dalam pemikiran agama Kristian di Eropah telah mendorong kepada perkembangan ekonomi kapitalisme
  • Ajaran Calvin membenarkan amalan riba dengan tujuan menggalakkan masyarakat bekerja keras
  • Fahaman ini menyebabkan negara mazhab Protestan mengenepikan Common Law dan membolehkan pedagang membebaskan diri daripada kawalan paderi dan peraturan lama dalam ajaran Katholik.
Kesimpulan :
  • Sistem ekonomi kapitalisme diperkenalkan oleh masyarakat pada zaman awal moden telah membawa kepada perkembangan ekonomi kapitalisme. Hal ini secara tidak langsung telah melahirkan Revolusi Perindustrian di Eropah.
  • Revolusi perindustrian bermula selepas gerakan Renaisans dan Reformasi.
  • Revolusi perindustrian mendorong pelayar-pelayar mencari peluang-peluang baru untuk menguasai kekayaan dan menyaksikan perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan melalui pembinaan kilang-kilang dan pengeluaran barang-barang secara besar-besaran.
  • Hal ini secara tidak langsung menggalakkan aktivtiti pengumpulan modal secara besar-besaran untuk kegiatan ekonomi yang selaras dengan dasar kapitalisme.
Sumber : Weblog Cikgu Jumali

Inflasi…Musuh Dalam Senyap


(Disunting Dari Weblog Cikgu Jumali)
Mengetahui sebab-sebab dan kesan-kesan inflasi dan belajar bagaimana mengatasinya.

Kira-kira 30 tahun yang lalu, sepinggan nasi lemak berharga kurang daripada RM1. Hari ini, ia telah naik sehingga RM5, jadi jangan terkejut untuk membayar lebih dari RM10 untuk sarapan pagi anda dalam dekad yang akan datang!

Ini hanyalah akibat inflasi! Seperti kuasa kadar pulangan berganda, inflasi berganda boleh memberi kesan buruk pada taraf hidup anda sekiranya ia tidak diawasi. Namun begitu, apakah sebab-sebab fenomena ini dan bagaimanakah kita boleh mengatasinya ?

Apakah Inflasi ?

Inflasi ditakrifkan sebagai peningkatan beransur-ansur dalam paras harga umum untuk produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan, dan ia diukur sebagai peningkatan dalam peratusan tahunan. Sekiranya inflasi menaik, setiap ringgit yang anda miliki akan membeli peratus yang lebih kecil bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. Dengan kata lain, terdapat kemerosotan dalam kuasa membeli anda. Sebagai contoh, dari segi teori secawan teh tarik berharga RM1 akan berharga RM1.05 selepas setahun jika kadar inflasi bagi tempoh itu ialah 5 peratus.

Apakah Indeks Harga Pengguna (IHP) ?

Indeks Harga Pengguna (IHP) mengukur perubahan peratusan dalam kos bagi sekumpulan pengguna khusus (60% bandar, 40% luar bandar) untuk membeli satu “bakul” yang mengandungi barangan dan perkhidmatan yang tetap dalam tempoh masa tertentu. Barang-barang yang terdapat di dalam “bakul” tersebut boleh dikumpulkan kepada berikut:

  • Makanan dan minuman tidak beralkohol
  • Minuman beralkohol dan tembakau
  • Pakaian dan kasut
  • Perumahan, bekalan air, bekalan elektrik, gas dan bahan api lain
  • Perabot, peralatan isirumah, rutin penyenggaraan isirumah
  • Kesihatan
  • Pengangkutan
  • Komunikasi
  • Perkhidmatan-perkhidmatan rekreasi dan budaya
  • Pendidikan
  • Restoran-restoran dan hotel-hotel
  • Pelbagai barangan dan perkhidmatan lain

Bagaimanapun, anda harus mengetahui bahawa IHP adalah purata statistik dan mungkin tidak menggambarkan kadar inflasi anda, terutamanya apabila corak perbelanjaan anda banyak berbeza daripada pengguna-pengguna bandar biasa. pada kebanyakan masa, kadar inflasi pada peringkat peribadi atau pengguna untuk penduduk-penduduk bandar adalah dua kali atau lebih tinggi daripada kadar inflasi peringkat kebangsaan.

Apakah Sebab-sebab Berlakunya Inflasi ?

Dua sebab umum berlakunya inflasi adalah:

Permintaan tinggi, bekalan rendah

  • Jikalau permintaan meningkat lebih cepat daripada bekalan produk dan perkhidmatan, harga barangan terpaksa naik. Juga dikenali sebagai inflasi tarikan-permintaan, ia biasanya berlaku di ekonomi bertumbuh di mana terdapat “terlalu banyak wang mengejar terlalu sikit barangan”.

Peningkatan dalam kos pengeluaran

  • Apabila harga bahan mentah naik, kos pengeluaran akan meningkat. Ini akan mengakibatkan syarikat-syarikat menaikkan harga untuk mengekalkan margin keuntungan. Ini juga berlaku apabila pekerja-pekerja meminta gaji yang lebih tinggi kerana syarikat-syarikat biasanya memindah kos-kos ini kepada pengguna-pengguna.

Apakah Kesan-kesan Inflasi ?

  • Inflasi boleh dianggap sebagai perkembangan ekonomi yang biasa selagi peratusan tahunan masih rendah. Namun begitu, inflasi boleh menyebabkan krisis apabila peratusan itu meningkat lebih tinggi daripada peringkat yang telah ditetapkan. Cara yang paling nyata ia menjejaskan kewangan peribadi anda adalah dengan mengurangkan kuasa membeli anda. Anda akan mendapati harga produk dan perkhidmatan setiap hari meningkat dan kos pinjaman menjadi lebih tinggi kerana kadar faedah turut menaik.

Contoh:

  • Pada tahun 1978 (30 tahun dahulu), RM300 boleh membeli barangan runcit satu bulan untuk keluarga berempat orang.
  • Pada tahun 2008, RM300 boleh membeli barangan runcit satu minggu untuk keluarga berempat orang.
  • Pada tahun 2028 (20 tahun kemudian), RM300 mungkin hanya boleh membeli barangan runcit dua hari untuk keluarga berempat orang.

Dengan memahami perbezaan di antara pulangan nominal dan pulangan benar, anda akan dapat melihat kesan inflasi pada wang anda. Pulangan nominal merujuk kepada kadar pertumbuhan wang anda manakala pulangan nominal menolak kadar inflasi. Oleh demikian, wang yang disimpan di dalam simpanan tetap akan mengurang nilainya disebabkan kesan penghakisan inflasi.

Contoh:

  • Kadar inflasi tetap 12 bulan = 4%
  • Kadar inflasi (peringkat peribadi) = 6%
  • Pulangan benar daripada pelaburan = 4% – 6% = -2%
  •  
     

Bagaimanakah Kita Boleh Mengatasi Inflasi ?

  • Setelah mengetahui bagaimana inflasi boleh mengurangkan kuasa membeli anda dengan drastik, pelabur-pelabur harus mempertimbangkan cara-cara melindungi pelaburan mereka daripada kesan-kesan penghakisan inflasi. Berikut adalah beberapa cara bagaimana anda boleh mengurangkan kesan-kesan inflasi:

Mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada pelaburan-pelaburan anda.

  • Untuk melindungi simpanan anda daripada kesan inflasi bagi jangka masa panjang, pilihan terbaik adalah dengan mendapat pulangan pelaburan yang lebih tinggi daripada kadar inflasi. Ekuiti-ekuiti dan dana-dana ekuiti serta saham-saham yang memberi dividen tinggi harus dipertimbangkan kerana mereka boleh mengurangkan kesan-kesan inflasi.

Mengekalkan kepelbagaian dalam pelaburan-pelaburan anda.

  • Sebuah portfolio seimbang yang mengandungi saham-saham, bon-bon dan sekuriti-sekuriti pasaran wang dapat mengurangkan risiko dan memberi perlindungan terhadap inflasi. Ini disebabkan nilai sejenis pelaburan mungkin akan menaik sementara pelaburan-pelaburan lain menurun. Namun begitu, kepelbagaian tidak dapat melindungi anda daripada kerugian dalam pasaran menurun.

Mengurangkan pemegangan wang tunai yang banyak.

  • Walaupun anda mendapat kecairan dengan memegang wang di tangan atau menyimpankannya di dalam simpanan tetap, wang tersebut mungkin akan mengurang nilainya melalui inflasi. Sebaliknya, pelabur-pelabur berisiko rendah boleh membuat pertimbangan untuk memindahkan wang mereka ke sebuah portfolio seimbang (terdiri daripada 60 peratus ekuiti dan 40 peratus bon) untuk mendapatkan pulangan diselaraskan inflasi yang baik bagi tempoh sederhana hingga panjang.
  •  
     

Melabur di dalam sektor-sektor yang berdaya tahan.

  • Semasa keadaan pasaran yang tidak menentu, pelabur-pelabur boleh melabur dalam sektor-sektor berdaya tahan dan saham-saham mewah sebagai perlindungan terhadap inflasi. Sektor-sektor ini termasuk telekomunikasi, utiliti dan pengangkutan. Emas juga diibaratkan sebagai tempat perlindungan selamat dalam ketidakstabilan kewangan atau semasa inflasi menaik.

Menguruskan hutang anda.

  • Mengurangkan hutang anda ke tahap minima amat bermakna kerana kadar faedah menaik seiring dengan inflasi. Anda sepatutnya membayar habis pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang paling tinggi dengan secepat mungkin, terutamanya apabila kadar faedah sedang meningkat.

sumber: GWealthPlaner.com

Latihan Intensif


Berikut adalah tentatif kasar latihan untuk para pendebat BM bg latihan intensif kita.... Semoga kita semua menjadi yg terhebat antara yg hebat...


TENTATIF PROGRAM

30 March 2012

5.00 PM : Pendaftaran
7.00 PM : Solat Maghrib
9.00 PM : Kelas Teori Asas Perdebatan

31 March 2012

9:30 AM : Roll Call
10:00 AM : Latihan Bermula
1:00 PM : Makan Tengahhari & Solat Zohor
2:00 PM :Roll Call
2:15 PM- : Latihan Kedua
6:30 PM : Roll Call
5:00 PM : Roll call
7:00 PM: Solat Maghrib & Makan Malam
8:00 PM : Roll Call
8:30 PM- : Latihan Bermula
11:45 PM : Roll Call
12:00 PM :Rehat

01 April 2012

9:00 AM : Makan Pagi
9:45 AM : Roll Call
10:00 AM : Latihan Bermula
1:00 PM : Makan Tengahhari & Solat Zohor
2:00 PM :Roll Call
2:15 PM- : Latihan
6:30 PM : Roll Call
7:00 PM :Solat Maghrib dan Makan Malam
8:00 PM : Roll Call
8:30 PM : Latihan
-10:30 PM
11:00 PM :Roll Call
 11.30 PM: Rehat

02 April 2012

9:00 AM : Makan Pagi
8:45 AM : Roll Call
9:00 AM : Latihan Terakhir
1:00 PM : Makan Tengahhari & Solat Zohor
2:00 PM :Roll Call & Penyampaian Cenderahati
2:30 PM : Selesai

Tuesday 27 March 2012

Latihan Intensif

Kelab debat dan Pidato UiTM Pahang akan mengadakan latihan intensif kepada pendebat Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai persedian untuk ke pertandingan Debat Piala Johor dan Debat Terbuka Penang.... Semoga kita dapat input yang banyak dengan bantuan dari senior-senior... Timbalah ilmu sebanyak mungkin dari latihan ini....
Tarikh : 31 Mac 2012
Tempat : UiTM Pahang Kampus Jengka
Sediakan Buku Facts dan pastikan ada sudah print out usul-usul terbaru....
Usul : Debat Diraja 2012, Debat Integriti dan Tmas Usul Astar...

Selamat Berjuang!!! Aja-aja Fighting!!!!

Monday 26 March 2012

senarai usul debat integriti 2012


SOSIOBUDAYA
1. Inovasi media menjamin ketelusan penyampaian.
2. Isu Plagiat: Integriti pendidikan hilang tempat.
3. Dasar Kebudayaan Kebangsaan mengekalkan identiti negara.
4. Kestabilan rakyat berbilang kaum membantu pembentukan masyarakat berintegriti.
5. Undang-undang berkenaan Homoseksual perlu dipinda.
6. Globalisasi Sosial Punca peningkatan masalah integriti.
7. Integriti halal semakin diabaikan.
8. Baucer buku: Integriti Mahasiswa Dipertikaikan.
9. Surat Khabar Percuma perlu demi ketelusan.
10. Hukuman gantung wajar kepada pesalah rasuah.

POLITIK
1. Demi kestabilan Universiti, AUKU perlu dipertahankan.
2. Demonstrasi Jalanan menjejaskan integriti rakyat malaysia.
3. 21 Tahun umur layak mengundi perlu dipinda.
4. Kurangnya Integriti PBB punca keangkuhan Amerika.
5. Pilihanraya kampus lahirkan pemimpin berintegriti.
6. Calon lebih penting berbanding parti.
7. Pengundi Malaysia masih belum bijak.
8. Program Transformasi kerajaan penentu wawasan 2020.

EKONOMI
1. Liberalisasi Ekonomi : adil utk semua.
2. Model baru ekonomi sudah lapuk.
3. IKS Malaysia : sudah terang lagi bersuluh.
4. FDI : Musuh dalam selimut.
5. Transformasi Kerajaan pemacu ekonomi negara.

PERKHIDMATAN AWAM
1. Penilaian prestasi mengukuhkan integriti penjawat awam.
2. Usia persaraan 60 tahun meningkatkan produktiviti negara.
3. NKRA Merangsang Kualiti perkhidmatan awam.
4. Audit Nadi Integriti sektor awam.
5. ISO Menjamin kualiti perkhidmatan.
6. FELDA : Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.
7. Dewan ini mencadangkan Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda.
8. Lanjutan waktu mengajar guru, tingkatkan mutu pendidikan negara.

HUMOR
1. Isu mahasiswa : cerita lama, pelakon baru.
2. Semut sudah setanding gajah.
3. Kerana marahkan nyamuk, kelambu terbakar.
4. Pisang sudah bebuah dua kali.
5. Lidah lebih tajam daripada pisau.

Kisah Bumi Kenyalang


 Pada tanggal 24 Oktober 2011 kami pasukan Kelab Debat dan Pidato UiTM Pahang berangkat ke bumi kenyalang bagi menyertai Pertandingan Debat Terbuka Kenyalang 2011. Pertandingan yang disertai IPTA dan IPTS serta pasukan luar ini memulakan langkah pasukan debat UiTM Pahang ke satu arena perdebatan yang lebih mencabar minda sebagai mahasiswa bangsa. Para pendebat dari UiTM kampus Jengka telah bertolak bersama seorang pengiring menaiki kapal terbang Air Asia sekitar jam 11.45 pagi.
Setibanya di bumi Sarawak, kami di sambut baik oleh urusetia pertandingan yang cukup ramah. Kami di berikan kunci bilik dan merupakan antara pasukan terawal sampai di bumi kenyalang ini. Sukar untuk di gambarkan rasa hati kami apabila menjejakkan kaki di bumi kenyalang ini dengan membawa misi yang cukup besar untuk mendapatkan tempat sebaik mungkin dalam perdebatan kali ini.
Meskipun kami sampai empat hari awal, masa yang berlalu tidak kami biarkan kosong. Sebagai pendebat yang intelek dan cemerlang kami mengadakan latihan dan mencari maklumat yang mungkin di perlukan sepanjang perdebatan yang bakal berlansung. Pada malam pertama di bumi borneo ini kami sudah di jemput untuk berlatih bersama pasukan UiTM Sarawak. Meskipun bakal menjadi saingan namun persahabatan antara kami dengan pendebat Sarawak hanya hilang seketika sewaktu medan di buka namun kembali terjalin selepas medan perdebatan di tutup.
Empat hari menghitung debaran akhirnya hari yang di nanti-nantikan tiba. Tanggal 28 Oktober 2011 menyaksikan 34 buah kumpulan bakal berentap untuk merebut kejuaraan di dalam Pertandingan Debat Terbuka Kenyalang 2011. Debaran di dada kami tidak dapat ditahan melihatkan saingan kami bukanlah calang-calang pendebat. Mereka terdiri daripada pendebat dari pelbagai universiti luar seperti UIAM, UPM, UTP yang  bukan hanya dari UiTM.  Lebih menarik perhatian apabila terdapat pasukan bukan terdiri dari pelajar sebaliknya para Pendidik Bumi Borneo (PBB) yang merupakan para guru. Kami semakin bersemangat untuk mengaut sebanyak mungkin ilmu perdebatan di sini.
Hari pertama pertandingan berlansung terdapat 4 saringan. Sebanyak 30 usul rawak telah diberikan pada malam 27 Oktober kepada kami bersama taklimat pertandingan dengan membacakan peraturan sepanjang pertandingan yang harus kami patuhi. Pada saringan yang pertama pasukan Pahang A dengan di sertai oleh Mohd Afifi Mohd Aris, Muhammad Nizam Mat Rashid dan Nurul Husna binti Sebri telah memperolehi kemenangan. Bergitu juga dengan UiTM Pahang B yang terdiri daripada Muhammad Haziq bin Jamaludin, Mohd Asyraf bin Che Ibrahim dan Qhairun Nathia bt Buang turut memperolehi kemenangan.  Namun nasib tidak menyebelahi pasukan UiTM Pahang C yang terdiri daripada Nuramalina Bt Mat Yusoff, Mohd Hakim Bin Musa, Nur Amalina Bt Sohaimi dan Syaiful Aidil Muliam bin Mustapah apabila mereka tewas pada saringan yang pertama.
Saringan yang kedua terus menyaksikan kemenangan UiTM Pahang A dan kekalahan pasukan UiTM Pahang B dan UiTM Pahang C. Namun ini tidak menyebabkan rasa kesal dan kecewa sebaliknya membakar semangat kedua-dua pasukan untuk terus berjuang menyaingi universiti lain. Perasaan tidak mudah putus asa terus tersemat di dalam diri pasukan Pahang B dan C di samping terus memberikan sokongan kepada Pahang A. Startegi pasukan mula di rancang dengan teratur untuk menebus setiap kekalahan dan dalam pada masa yang sama Pahang A terus mengharapkan kemenangan yang ketiga.
Pada saringan yang ke tiga menyaksikan pasukan Pahang B memenangi sidang dan kali ini harapan kemenangan yang ketiga ternyata tidak kesampaian apabila Pahang A kecundang di tangan Universiti Teknologi Petronas (UTP). Sidang yang menjadi sidang khas debat bumi Sarawak ini mengagaskan tiga usul sebelum di pilih bersama berkaitan bumi Sarawak. Meskipun kekalahan yang ketiga namun Pahang C terus membara meraih kemenangan.
Saringan terakhir di hari pertama menyaksikan kekalahan Pahang B dan C seterusnya membawakan khabar gembira kemenangan Pahang A. kemenangan yang ke tiga ternyata menambahkan perasaan berkobar-kobar di dalam diri setiap pendebat UiTM Pahang A.
Tanggal 29 Oktober akan menyaksikan dua lagi sidang peringkat saringan sebelum penentuan pasukan yang akan menang mara ke Suku Akhir. Kali ini khabar gembira menyapa ke dalam pasukan Pahang C apabila mereka Berjaya memenangi kedua-dua sidang menbuatkan pasukan ini meraih tempat ke 25 di dalam ranking keseluruhan. Seterusnya Pahang B menyaksikan satu kemenangan yang melengkapkan ia menjadi kemenangan yang ketiga meletakkan pasukan ini kedalam kedudukan di tangga Ke-20. Walaubagaimanapun, pasukan Pahang A mengalami kekalahan pada satu pusingan saringan dan meraih kemenangan pada sidang ke enam.
Kemenangan dan kekalahan mereka telah melayakkan mereka untuk mendapatkan  tempat ke Sembilan di dalam ranking pasukan sekaligus menempatkan pasukan Pahang A sebagai pasukan ke tiga terbaik di antara pasukan UiTM. Hanya kerana perbezaan margin menyebabkan rezeki untuk kami hanya terhenti di peringkat saringan. Berada di bawah Universiti Malaya memberikan rasa bangga di hati kami kerana kami merupakan UiTM ketiga yang berada di kedudukan teratas.
Lebih membanggakan pihak kami apabila dua daripada pendebat UiTM Pahang Berjaya menjadi 10 pendebat terbaik yang terdiri daripada Mohd Asyraf bin Che Ibrahim dari UiTM Pahang B yang mendapat tempat ke lapan di dalam ranking pendebat terbaik dan Muhammad Haziq bin Jamaludin dari UiTM Pahang B mengungguli carta pendebat terbaik dengan kedudukan pertama. Prestasi pendebat yang lain juga turut membanggakan kerana kami sudah melakukan yang terbaik sepanjang pertandingan berlansung.
Pertandingan ini ternyata merupakan langkah kami untuk lebih maju di dalam era perdebatan. Sesungguhnya medan ini bukanlah medan yang mudah untuk di tempuhi kerana kami yakin tanpa usaha yang gigih kami tidak mungkin mampu untuk menjadi mahasiswa pemikir yang intelek untuk memasuk medan ini. Pertandingan Debat Terbuka Kenyalang 2011 membuka mata kami ke suatu era yang lebih baru dan luas di dalam arena perdebatan. Jika ingin di bandingkan dengan pertandingan sebelum ini ternyata medan perdebatan kali ini benar-benar membuatkan kami sedar, medan ini bukan medan mudah seperti nyanyian, cukup sekadar suara boleh mendapat tempat. Medan ini memerlukan pemikiran intelek yang mencerna idea sebagai mahasiswa yang berkredibiliti dan menjadi insane pemikir yang cermelang.
Ruang perdebatan bukan satu ruangan yang kecil dan sempit sebaliknya bertaraf global memerlukan pemikir yang memiliki keinginan untuk melihat dunia di luar perspektif biasa. Malah, melalui medan inilah kami mula menjadi pemimpin yang bukan sekadar berkata-kata dengan hikmah tetapi penuh intelek. Tanpa ilmu kami tidak mungkin menyaingi mereka sehingga ke tahap ini.
Pertandingan ini bagaikan satu gong yang berbunyi lantang menyedarkan kami medan ini bukan medan biasa seperti medan lain. Namun ia tidak pernah mematahkan kesungguhan kami untuk mempelajari ilmu yang di anugerahkan oleh Illahi ini, malah kekalahan dan setiap kepahitan yang kami tempuhi kami lalui dengan penuh kesungguhan. Malah, kami sedar bertapa besarnya ilmu Yang Esa sehingga kami terasa cukup kerdil di mataNya.
Kami bersyukur dan sangat berterima kasih kepada pihak UiTM kerana memberi kami peluang kepada kami untuk mengalami pertempuran indah ini. Malah kami berasa cukup bersyukur kerana di pilih dari ribuan pelajar UiTM Pahang untuk menyertai pertandingan ini.  Doa dan harapan kami supaya mahasiswa UiTM terus menjadi pemikir yang berilmiah dan sedar akan setiap kelebihan diri untuk di manfaatkan demi memartabatkan maruah bangsa dan agama seterusnya lahir sebagai mahasiswa yang bekasrima dan penuh daya saing yang hebat dan bermatlamat.
Kami berharap dapat menyertai pertandingan seperti ini lagi agar kami dapat menimba lebih banyak ilmu dari medan ini. Pengalaman hampir dua minggu di bumi kenyalang bukan pengalaman biasa yang tak mungkin kami lupakan. Mahasiswa hari ini adalah cerminan pemimpin masa hadapan dan pemimpin masa hadapan ke intelektualanya bergantung kepada intelek mahasiswa pada hari. Kami ingin menjadi mahasiswa yang bukan sahaja berfikir dengan intelek malah membantu untuk memartabatkan agama dan bangsa.







SENARAI USUL DEBAT DIRAJA 2012 SENARAI USUL DEBAT DIRAJA 2012

1.Dewan ini percaya inflasi seumpama mendengar guruh di langit air tempayan dicurahkan.
2.Dewan ini percaya ekonomi dalam negara lebih kuat daripada ekonomi luar Negara.
3.Dewan ini percaya Bantuan kemanusiaan lebih baik daripada bantuan pembangunan
4.Dewan ini percaya ketidak adilan sosial adalah punca kepada ketidakstabilan politik
5.Dewan ini percaya dunia perlukan lebih ramai Obama
6.Dewan ini mencadangkanuntuk menyelamatkan konflik dunia
7.Dewan ini mencadangkan pemimpin muda menjadi pemimpin negara pada masa ini
8.Dewan ini percaya Bangsa Malaysia satu realiti
9.Dewan ini percaya perkauman bukan lagi satu ancaman
10.Dewan ini percaya seksyen 15 AUKU masih relevan kepada mahasiswa
11.Dewan ini akan menyekat media baru.
12.Dewan ini percaya Hang Tuah mitos
13.Dewan ini percaya tegang lebih baik daripada kendur
14.Dewan ini percaya isu Iran adalah pencetus kepada peperangan dunia ketiga
15.Dewan ini yakin PBB masih relevan untuk keamanan dunia
16.Dewan ini percaya politik adalah satu permainan yang kotor
17.Dewan ini percaya basikal adalah lebih baik daripada kereta
18.Dewan ini mencadangkan suami berkahwin lebih daripada satu demi wanita
19.Dewan ini yakin graduan dalam negara lebih baik daripada graduan luar Negara
20.Dewan ini mencadangkan isteri menjadi ketua keluarga
21.Dewan ini akan menjenama semula ASEAN
22.Dewan ini esok lebih baik daripada hari ini
23.Dewan ini percaya kelajuan adalah tidak penting
24.Dewan ini percaya politik hari ini perlukan Hang Jebat
25.Dewan ini percaya biru lebih baik daripada hijau
26.Dewan ini akan menambah keahlian anggota tetap Majlis Keselamatan
27.Dewan ini akan memansuhkan pendidikan vernacular demi bangsa Malaysia
28.Dewan ini percaya Amerika Hamba Ekonomi China
29.Dewan ini percaya ekonomi itu politik
30.Dewan ini percaya,makin lama, makin bengap media kita
31.Dewan ini percaya Kemerdekaan Selatan Sudan Lebih Banyak Mudaratnya
32.Dewan ini percaya rakyat adalah hakim negara
33.Seksualiti Merdeka: Seperti Membakar Arang
34.Ada Asap Tiada Api
35.Orang muda: Kulit tegang, jiwa tua
36.Dewan ini mencadangkan perbankan islam sebagai rawatan krisis ekonomi eropah
37.Dewan ini percaya bahawa seni itu bebas
38.Dewan ini percaya orang politik kebuluran kuasa
39.Ombak rindu: filem kelas ketiga
40.Politik fitnah sudah jadi darah daging
41.AUKU lubuk masalah kualiti mahasiswa
42.Generasi Pasca DEB: Kacang Lupakan Kulit
43.Filem kita bukan untuk kita
44.Safee Sali Hero Sementara
45.Sistem dual undang-undang Malaysia menghalang pembentukan masyarakat sivil
46.Kebangkitan Arab Merombak Hegemoni Amerika
47.Demokrasi sudah menunjukkan sisi hitamnya
48.Dewan ini percaya LPF pengecut
49.Dewan ini mencadangkan pemberian wang tunai berbanding baucer buku. 50.Dewan ini akan menghapuskan duti impot kenderaan.

Turki dan Kesatuan Eropah


Apabila bercerita tentang Turki dan Kesatuan Eropah, perlu untuk kita meneliti pemahaman berkenaan kedua-dua buah negara ini. Turki merupakan sebuah negara Islam sekular yang berusaha untuk menyertai Kesatuan Eropah kerana ingin mengecapi kemodenan sama seperti negara-negara dalam Kesatuan Eropah sendiri. Kesatuan Eropah pula mempunyai pegangan di mana mereka memperjuangkan hak asasi manusia dan negara-negara di bawah Kesatuan Eropah mestilah menjaga hak-hak asasi dan ketenteraman manusia.

Apakah sebenarnya Turki :

1. negara tinggalan Empayar Islam Uthmaniah
2. terkenal dengan pencabulan hak asasi manusia
3. Perdana Menteri Turki sekarang : Recep Tayyip Erdogen
Kisah Turki mahu menyertai Kesatuan Eropah ini sebenarnya telah bermula lebih 50 tahun lepas. ketika itu Turki mempunyai keinginan yang kuat kerana mereka mahu negara mereka setanding dengan negara-negara Eropah lain dalam aspek kemajuan sosial dan ekonomi. Turki pada asalnya merupakan sebuah negara Islam dan sehingga kini pun ia masih lagi negara Islam dengan majoriti 70 juta rakyatnya beragama Islam. namun disebabkan keinginan Turki ingin menyertai Kesatuan Eropah. pelbagai agenda telah mereka lakukan iaitu :

1. memulihkan sistem demokrasi di negara Turki sejak ia mula menjadi negara republik pada 1923
2. mengamalkan sistem pilihanraya yang telus demi menjaga kesamarataan hak asasi penduduk sehingga sebuah parti fahaman Islam sepenuhnya iaitu Parti Islam Refah memenangi pilihanraya pada 1992 dan telahpun dibubarkan oleh tentera
3. pelaksanaan Islam secara sekular di bawah pemerhatian tentera untuk membuka mata Kesatuan Eropah terhadap kegigihan Truki menyertai Eropah
4. pelaksanaan urbanisasi yang memandang ke Barat di mana negara-negara Barat dijadikan contoh untuk urbanisasi di negara Turki
5. menyokong segala kempen ketenteraan yang pernah di jalankan oleh negara-negara Barat sebelum ini termasuklah menyertai latihan udara bersama pakatan Zionis Israel
6. memperjuangkan Islam sekular dan segala pembangunan yang pro-Islam sepenuhnya akan dikecam
sebab-sebab Eropah perlu menerima Turki :

1. perkembangan pesat di Turki : ketika Perang Dunia kedua kebanyakan kampung-kampung kecil pantas menjadi bandar-bandar maju
2. pengisytiharan Kamal Atartuk bahawa Turki adalah sebuah negara "westernised" di mana mengamalkan cara kehidupan Barat
3. kelahiran pelbagai parti politik yang diterima dalam memastikan keutuhan sistem demokrasi di Turki dan melengkapkan syarat-syarat Turki untuk menyertai EU
4. menjadi syurga pelancongan yang bakal membangunkan ekonomi Turki yang secara tidak langsung memberikan pulangan yang tinggi kepada EU dalam industri tersebut
situasi penerimaan negara-negara EU :

1. wujud krisis antara Turki dengan Greek kerana berebutkan Kepulauan Cyprus. Tentera Turki pernah mendarat di Kepualaun tersebut yang pada ketika itu telah pun diteroka oleh Greek iaitu pada 1974. Turki meguasai bahagian utara dan Greek menguasai bahagian selatan
2. Negara-negara Eropah masih melihat Turki sebagai sebahagian dari negara Islam
3. presiden Perancis, Nicholas Sarkozy membuat kenyataan bahawa Turki tidak bersama Eropah secara fizikal
kronologi permohonan Turki untuk menyertai EU :

1. seorang ahli media bebas Turki menjelaskan bahawa keinginan Turki menyertai EU telah bermula sejak abad ke-13 dan berlanjutan sehingga abad ke-16 setelah penguasaan Kerajaan Uthmaniah terhadap beberapa negara Eropah seperti Poland dan Teluk Parsi
2. Perdana Menteri Turki pada 1959, Adnan Menderes mengumumkan keinginan Turki untuk menyertai European Community; sekarang EU tetapi pihak EC tidak bersetuju
3. satu perjanjian dimeterai pada 1963 untuk membolehkan Turki memohon menyertai EU
4. hanya pada 1999 Turki menjadi calon rasmi untuk menyertai EU dan pelbagai rundingan telah dilakukan sehingga 2005
5. sehingga kini Turki masih lagi belum diterima oleh EU
situasi semasa EU dan Turki :

1. Turki semakin menjauhi negara-negara Barat dan mula beralih untuk memberikan sokongan penuh terhadap negara Islam
2. Islam diamalkan sedikit demi sedikit sejak pemerintahan Erdogen yang sememangnya pro Islam walaupun masih lagi memperjuangkan fahaman sekular
3. Turki telah menghentikan latihan ketenteraan udara bersama Israel
4. Presiden Turki menjadi orang pertama mengucapkan tahniah kepada Mahmoud Ahmadinejad; Presiden Iran diatas kesungguhan dalam membincangkan isu nuklear US dan Israel yang pasti menganggu-gugat keamanan dunia
berdasarkan keadaan-keadaan yang telah diterangkan, sebenarnya usaha Turki untuk menyertai Kesatuan Eropah telah lama bermula. namun ia masih lagi tidak kesampaian mungkin kerana imej Turki yang masih dimonopoli oleh majoriti penduduk Islam. dan jika dilihat pada hari ini sebenarnya Turki sudah penat meminta-minta dari EU.

sumber : Utusan Malaysia 16 Ogos 2009

Tema Usul Astar

  1. Integriti (skop - ekonomi dalam dan luar negara, isu kakitangan awam, politik dan masyarakat, pendidikan)
  2. Alam sekitar (penguatkuasaan undang-undang, kesan teknologi hijau, polisi kerajaan, gerakan aktivis alam sekitar, kerjasama antarabangsa)
  3. 1 Malaysia/Kemerdek...aan/Perpaduan (penghayatan kemerdekaan dalam kalangan masyarakat, politik dan ekonomi malaysia, dasar kerajaan, program transformasi, pendidikan, sosiobudaya)
  4. Keamanan (isu ISA, hubungan antarabangsa, keselamatan serantau, perang, PBB)
  5. Gender (isu rumahtangga, undang-undang dan wanita, pendidikan IPT, transeksual, psikologi wanita)
  6. PPM (polisi dan dasar kerajaan, undang-undang dan masyarakat)

Selamat Datang

Blog Ini di cipta untuk berkonsi maklumat dan informasi dunia perdebatan Kelab Debat dan Pidato UiTM jengka... Semoga, blog ini dapat kita manfaatkan sebgai laman Orator yang berguna kepada kita semua untuk menjadi pendebat yang hebat....
Selamat Maju Jaya....
^______^