Tuesday 15 May 2012

Debat Terbuka Penang 2012

Buat pertama Kalinya UiTM Pulau Pinang menganjurkan Penang Debate Open 2012 (PDO) yang bertempat di UiTM Pulau Pinang. Pertandingan yang berlansung pada tanggal 12 April 2012 sehingga 15 April 2012 ini buat pertama kalinya mengangkat British Parlimentary sebagai format perdebatan bagi kategori bahasa Melayu.

Pertandingan kali ini sungguh berbeza dari sebelum ini apabila format yang mementingkan idea sebagai garapan utama jelas mencabar kreativiti pendebat untuk lari dari zon selesa dalam membentangkan idea yang biasa kerana idea mereka adalah penentu kepada kedudukan mereka.

Tahniah kepada Pasukan Jengka yang nyata bertungkjus lumus mencuba dalam format yang baru dan bertemu dengan pasukan yang lebih gempak... semoga pengalaman kali ini merupakan langkah yang menjadi pembakar semangat anak jengka untuk terus berjuang dalam arena perdebatan yang lebih luas....

Tahniah kepada MMU yang berjaya menjuarai pertandingan kali ini dan tahniah juga kepada UiTM Shah Alam dan UiTM Melaka yang berjaya berentap hingga ke pentas final... Tidak Lupa juga kepada UniZa yang berjaya melangkah ke Final...

Semoga pengalaman kali ini merupakan langkah baru kita ke arena perdebatan yang lebih global dengan format yang berbeza dan idea yang lebih berkembang dan maju....

SALAM PERDEBATAN ^_^

Jom Tengok sikit gambar-gambar yang sempat kami dapat...

Kakak Dan Abang dari Melaka saingan yang hebat

Team yang merupakan pendebat UiTM Melaka

Wajah Pendebat Jengka Dalam Sidang yang hangat

Wajah bersemangat untuk memahami pembawaan lawan

Konsenstrasi Abang-abang dari UKM

Sesi Penjurian dan Komen merupakan sesi muhasabah Diri... (Abang Zarul sedang memberikan Justifikasi Penjurian)

Team Melaka yang cukup hebat

Walaupun ada tekanan pertandingan senyuman dan ketawa masih perlu dalam meredakan keresahan jiwa
Team Jengka bersemangat walaupun bertemu adik beradik...



Debat Perdana Pengguna Siswa

Nyata kenangan kedua di dalam arena debat British Parlimentary mengukir sejarah kali kedua selepas Penang Debate Open... Meskipun kali ini sumbangan dan limpah kasih dari Shah Alam untuk menerima cawangan ini untuk turun ke UKM nyata sejarah ini menambahkan ukhwah yang sedia terbina... Debat kali ini adalah debat yang cukup menyatukan banyak cawangan seperi Melaka, Perlis, Kelantan, Perak, Dungun dan Shah Alam... Nyata latihan sebelum melangkah ke DPPS cukup intensif dalam usaha Jurulati Abang Bonat, bersama alumni yang lain membantu kami yang masih bertatih dalam dunia perdebatan terutama dalam british parlimentary...
Pertandingan kali ini menemukan 76 Pasukan dari pelbagai IPT, IPG, dan Politeknik yang nyata membuatkan suasana cukup meriah dan persaingan yang sengit....
Lebih menarik apabila segala mekanisme cadangan dan juga sebab-sebab usul dibentangkan telah di rekod dan di serahkan kepada KPDNKK untuk dianalisis supaya kita dapat meningkatkan lagi kecermelangan kepenggunaan negara.... Semoga cadangan dari Jengka juga diterima!!!
TAHNIAH kepada UKM yang telah menjuarai pertandingan kali ini dan kepada semua yang telah bersama-sama berusaha untuk menyemarakkan semangat dalam diri masing-masing...
Peserta kali ini telah menjadi ahli gerakan pengguna siswa....
AWAS...! Kami GPS akan sentiasa memantau untu kemastikan HAK PENGGUNA terus terbela...
SALAM PERDEBATAN ^_^